Leef telah mengumumkan satu dongle kecil yang boleh menyelesaikan kebimbangan mengenai ruang storan peranti Android anda. Leef Access adalah satu pembaca kad microSD yang boleh disambungkan secara terus pada slot microUSB telefon dan tablet Android, ini membolehkan anda untuk menambahkan ruang storan memori yang terdapat pada peranti Android anda dengan menyokong kad microSD tambahan. Anda boleh memindahkan data dari kad memori ke peranti Android anda atau sebaliknya. Leef Access ini didatangkan dengan ciri kalis air dan tahan debu serta memain semula video secara langsung, foto dan kandungan lain terus daripada kad microSD.

Dapatkan Leef Access

Post a comment