Kabel USB adalah sebahagian daripada kehidupan harian setiap orang. Selain daripada mengecaj telefon pintar dengan kabel USB, kita juga menggunakannya untuk memindahkan fail, menyambung alat penting seperti pencetak, pengimbas kamera dan lain-lain. Tetapi nampaknya kabel USB hari ini dan palam hanya tidak memenuhi keperluan berjuta-juta orang yang menggunakannya setiap hari.

v3t56virmtlugcvdi2tb

Diperbuat daripada jalinan nilon kuat, kerangka aluminium dan palam yang disaluti emas untuk mengelakkan kakisan, MicFlip mewakili era baru untuk aksesori mudah alih.MicFlip boleh lancar dimasukkan pada mana-mana sudut. Bagi pemilik telefon pintar yang ingin memaksimumkan masa caj dan kecekapan semestinya mempunyai aksesori tambahan. Dengan fleksibiliti ini pelbagai kemudahan hadir dan memanfaat serta menjimatkan masa. Tidak ada masalah dan tidak perlu kecewa apabila MicroUSB port tidak sepadan dan tidak perlu untuk menghabiskan berjam-jam mencari penyambung tertentu. The MicFlip membolehkan sambungan yang lancar.

micflip

micflip

Bagi mereka yang berminat untuk memiliki kabel USB ini, bolehlah ke laman web Indiegogo dengan menyumbang dana kepada pembangun MicFlip bagi merealisasikan ciptaan ini. Dari maklumat yang kami dapat, untuk projek MicFlip ini telah pun melepasi tahap sasaran dana yang mereka perlukan, dan anda boleh melakukan tempahan terus melalui pautan dibawah.

Dapatkan MicFlip Di Indiegogo

Post a comment