183002oi7crgi7f404zge5.jpg.thumb

Hari ini pihak Xiaomi baru sahaja selesai melancarkan produk global pertama mereka di India, dan MIUI 7 versi Global diumumkan. Ramai bertanya ‘bilakah peranti saya mendapatkan kemas kini MIUI 7?’.  Dan hari ini Xiaomi mengumumkan bahawa anda tidak perlu menunggu lama untuk MIUI 7 yang menakjubkan. Kali ini mereka akan melancarkan kemaskini untuk semua peranti disokong pada masa yang sama! MIUI 7 Global Developer ROM sedia dimuat turun pada 24 Ogos melalui fail OTA atau pakej penuh ROM.

183021bqxxopiq28tp1q38.jpg.thumb

Peranti yang disokong adalah seperti berikut; Redmi 1S, Redmi 2, Mi 4i, Mi 3, Mi 4, Redmi Note 3G, danRedmi Note 4G. Diingatkan MIUI7 Global Developer ROM masih dalam versi beta, dan mereka akan melepaskannya kepada umum selepas ia lebih stabil.

Post a comment