Xiaomi dan MIUI kami rasakan bukan lagi asing untuk peminat tempatan. Dengan kedatangannya 2 tahun lepas, ianya banyak memberi perubahan kepada persepsi terhadap produk yang dihasilkan di China. Seperti sedia maklum, Xiaomi Mi3 adalah telefon pintar pertama Xiaomi yang dijual di Malaysia. Dan akan datang adalah Xiaomi Redmi Note 3 yang mula dijual pada 6 April ini. Walau bagaimanapun, buat masa kini hanya ada satu peranti Xiaomi yang didatangkan dengan MIUI yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow iaitu Xiaomi Mi5 dan kami masih belum pasti bila ianya bakal datang kepasaran tempatan.

Baca ulasan penuh Xiaomi Redmi Note 3
miui-androidm

Hari ini, melalui Forum MIUI, mereka mengumumkan dimana MIUI Global Beta ROM yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow sedia dimuat-turun oleh pengguna mereka. Dan buat masa ini, kemaskini ini hanya untuk pengguna peranti Xiaomi Mi3/Mi4 & Mi Note. Kami rasakan dimana versi stabil bakal menerima pengguna didalam masa terdekat.

Website Comments

  1. Brenton
    Reply

    I’m gone to convey my little brother, that he should also pay a visit this blog on regular basis to obtain updated
    from newest reports.

Post a comment