OnePlus adalah satu jenama yang agak asing di Malaysia. Ketibaan OnePlus One pada tahun lepas, menerima sambutan yang bagus untuk pengguna di Malaysia. Untuk OnePlus One, ianya dijana menggunakan CyanogenMod dan ditawarkan pada harga yang rendah mengikut spesifikasinya. Selepas pelancaran peranti OnePlus 2, pihak Maxis juga ada membuka pendaftaran minat kepada mereka yang inginkan peranti tersebut dan ianya dijual pada harga RM1687.

Hadir dengan skrin 5.5 inci dan menggunakan Qualcomm Snapdragon 810 serta pilihan RAM sebesar 3/4 GB adalah daya tarikan untuk peranti ini. Tetapi berlainan dengan versi sebelum ini iaitu OnePlus One dimana, peranti ini menggunakan Android 5.0.1 Lollipop yang diubah suai secara minima dan dikenali sebagai OxygenOS. Sehingga kini pengguna OnePlus masih menanti untuk kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk OxygenOS.

oneplus-androidm

Hari ini, pihak OnePlus Malaysia telah memuat naik gambar dan pautan di Facebook rasmi mereka dimana pengguna OnePlus 2 boleh mencuba OxygenOS 3.0 Community Build/Beta sedia dimuat turun. Ini menandakan mereka bakal melepaskan kemaskini stabil didalam jangka masa terdekat. Kepada mereka yang ingin mencuba boleh muat-turun melalui forum rasmi OnePlus.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan pada OxygenOS 3.0 Community Build

  • Kemaskini Android 6.0.1 Marshmallow
  • Paparan UI baru untuk aplikasi kamera
  • Peningkatan prestasi peranti
  • Prestasi pengimbas cap jari ditingkatkan

Sumber: OnePlus Malaysia, Forum Komuniti OnePlus

Post a comment