Samsung Wireless Audio 360 R7 adalah peralatan audio rumah yang menggunakan sepenuhnya teknologi lingkaran penyinar (ring radiator) Samsung untuk menghasilkan kualiti bunyi sama rata untuk semua arah. Wireless Audio 360 R7 – menghasilkan 360 darjah output membolehkan pengguna dapat menikmati bunyi yang berkualiti tinggi dari mana-mana sahaja di dalam bilik, tidak kira di mana produk ini terletak. Ini adalah produk pertama yang dibangunkan daripada makmal audio Samsung di California, Amerika Syarikat, yang ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai sebahagian daripada komitmen Samsung kepada inovasi bertaraf dunia dalam teknologi audio. Sepenuhnya teknologi lingkaran radiator dan teknologi penalaan bunyi Samsung telah dibangunkan di Makmal Audio, dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman mendengar pengguna – melalui pengagihan bunyi yang sama serta penurunan gangguan bunyi.

Wireless Audio Wireless 360 menawarkan sambungan dengan peranti mudah alih melalui Wi-Fi, dan boleh dikawal menggunakan Wireless Audio-Multiroom App. Multiroom App direka bagi mengawal satu sistem pelbagai bilik, yang mungkin termasuk peranti lain yang disambungkan ke rangkaian wayarles yang sama, seperti TV atau Soundbar.

Wireless Audio 360 R7, terdiri didalam warna putih dan boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga runcit yang disyorkan RM2,199.00 (termasuk 6% GST).

Post a comment