Mempunyai sebuah telefon pintar hari ini menjadi hampir keperluan untuk setiap orang. Jadi, ianya tidak hairan jika pihak pengeluar telefon pintar melancarkan pelbagai model peranti telefon pintar yang kadangkala hampir sama dari segi spesifikasi mahupun harga. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pembeli sering keliru dengan setiap peranti dan harganya. Jadi dengan itu, kami memutuskan untuk berkongsi beberapa aspek yang perlu diketahui dan panduan untuk mereka yang mahu membeli dan memiliki telefon pintar. Dengan itu, ianya mungkin sedikit membantu anda mendapatkan telefon pintar dengan tawaran yang terbaik.

Sistem Operasi
Mungkin anda sudah tahu dimana telefon pintar hari ini menggunakan pelbagai sistem operasi untuk dijalankan. Tetapi, sejauh manakah pemahaman anda kepada sistem operasi tersebut. Sebagai contoh, antara sistem operasi yang digunakan oleh telefon pintar hari ini seperti Android, iOS, dan Windows.
Android
Android adalah salah satu sistem operasi yang popular digunakan untuk telefon pintar. Versi terkini Android adalah Android 6.0 atau juga dikenali sebagai Marshmallow. Tetapi, hingga hari ini tidak banyak telefon pintar yang menggunakan Android versi ini, tetapi ianya menggunakan Android 5.0 dan Android 4.4. Kelebihan menggunakan peranti Android adalah pada bahagian pengubahsuaiannya dan kepelbagaian. Banyak pengeluar telefon pintar menggunakan Android untuk model peranti mereka. Ianya kerana, Android membenarkan pengeluar menggunakan paparan antaramuka/user interface (UI) mereka sendiri. Ianya juga boleh dikatakan antara sistem operasi yang menyokong fungsi multi-tasking dan mudah disesuaikan kepada pengguna. Walaupun banyak telefon pintar Android ini dipasarkan dengan mempunyai kos rendah, ianya tidak bermaksud ianya mempunyai tahap prestasi yang bagus. Sebagai panduan kepada anda semua, pilihlah telefon pintar yang menggunakan Android 5.0 Lollipop atau terkini kerana mungkin ianya berpeluang untuk mendapat kemaskini firmware terbaru dan bebas dari sebarang ancaman luar. Jika anda tidak mempunyai bajet yang tinggi, anda juga boleh dapatkan telefon pintar yang sekurang-kurangnya menggunakan Android 4.4 KitKat.
Windows

Windows bukanlah sistem operasi yang baru didalam arena telefon pintar. Tetapi, untuk versi terkini Windows Phone, ianya didatangkan didalam paparan antaramuka Metro. Paparan Metro yang boleh dikatakan menarik dan unik serta integrasi bersama-sama perkhidmatan Microsoft membantu pengguna menggunakannya dengan lebih mudah. Antara kelebihan mereka ianya didatangkan dengan peranti yang berharga tidak beberapa mahal walaupun sokongan aplikasi terlalu terhad atau kurang. Jika anda bercadang ingin menggunakan Windows Phone, kami disini mencadangkan korang membeli peranti Lumia dari Microsoft. Microsoft mempunyai sokongan sepenuhnya keatas Windows Phone.
iOS
iOS dari singkatan sistem operasi iPhone (iPhone Operating System) hanya boleh didapati didalam 3 model peranti yang berbeza fungsi iaitu iPhone, iPad, dan iPod. Jika anda adalah seorang daripada pengguna produk dari Apple seperti MacBook atau peranti lain, digalakkan korang terus menggunakan produk dari Apple. Tetapi jika anda mahu membeli peranti terkini dari Apple, carilah model sekurang-kurangnya iPhone 5S. Ini kerana, iOS versi terkini hanya boleh digunakan pada model sahaja. Jadi pilihan untuk anda amatlah terhad. Disebabkan kesemua peranti dari Apple yang dijual di Malaysia boleh dikatakan mahal, anda perlu bersedia untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk memilikinya.
Faktor Reka Bentuk, Dimensi, Berat & Material

Sesetengah telefon pintar boleh dikatakan kelihatan serupa. Dari segi reka bentuk ianya tidak banyak beza, tetapi saiz, berat, dan paparan sebenar yang menjadi faktor pengguna memilih sesuatu telefon pintar tersebut. Ramai orang memilih untuk menggunakannya telefon pintar yang nipis, kompak, dan semestinya bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, sebagai contoh peranti Phablet yang bersaiz agak besar masih menjadi pilihan ramai. Ianya keteria yang agak subjektif untuk dibincangkan dan tidak banyak boleh aku perkatakan. Hanya mampu kami perkatakan disini, pilihlah telefon pintar yang mudah untuk anda pegang, simpan atau bawa kemana saja. Dari segi material, carilah yang bersesuaian dengan kadar penggunaan anda atau berkorbanlah sedikit wang ringgit untuk membeli pelindung (cover) yang berkualiti. Mungkin agak mahal dari menyesal kemudian hari kerana jaminan tak merangkumi segala kerosakan.
Saiz Skrin & Kualiti
Skrin adalah satu perkara yang diambil kira semasa untuk membeli telefon pintar. Ada beberapa perkara yang perlu korang tahu. Pertama, mengenai saiz skrin tersebut. Ramai yang cenderung kepada skrin besar. Bagi kami, skrin bersaiz 5 inci sudah mencukupi & skrin yang melebihi 5 inci mungkin tidak mesra poket. Ya, kami maksudkan phablet. Selain dari itu, resolusi skrin tersebut patut dipertimbangkan. Apa guna skrin besar gabak kalau resolusi hampeh. Untuk dapatkan resolusi yang bagus, skrin tersebut sekurang-kurangnya mempunyai resolusi 1080p. Untuk paparan yang lebih baik, sudah semestinya resolusi 4K atau 2K. Tetapi jika anda bertanya, telefon pintar apakah mempunyai resolusi paling baik? Jawapannya adalah ntahla, kami tidak pasti.

Seterusnya adalah jenis skrin. Terdapat 2 jenis skrin yang digunakan iaitu LCD dan LED. Setiap telefon pintar menggunakan skrin yang berbeza-beza dan keduanya mempunyai tahap ketahanan yang berlainan. Sebagai contoh Xiaomi menggunakan skrin LCD manakala menggunakan skrin AMOLED. Kedua-duanya menghasilkan paparan yang bagus tetapi sedikit berbeza pada kadar penghasilkan warna, kontras, dan lain-lain. Kami tidak dapat jelaskan perkara tersebut disini kerana masih belum memahaminya dengan lebih dalam. Jadi, semasa memilih telefon pintar, pilihlah model yang mempunyai skrin yang boleh dilihat dari perbagai sudut dan dapat dilihat dibawah sinaran matahari. Selepas ini tiada lagi alasan untuk menggunakan telefon pintar dibawah sinaran matahari kerana korang mampu melihat paparan skrin yang dihasilkan dan bukannya wajah sendiri.
Prosessor & RAM

Kedua-dua komponen ini seperti jantung dan otak sesebuah telefon peralatan komputer. Untuk mencapai kadar prestasi yang tinggi, prosessor yang baik dan RAM yang cukup diperlukan. Ya, ianya juga bergantung pada sistem operasinya juga. Kebanyakkan telefon pintar terkini hari ini dilengkapi dengan prosessor Quad-Core yang mempunyai kelajuan 1.6GHz atau lebih. Antara prosessor yang selalu digunakan adalah Qualcomm Snapdragon, Samsung Exynos, Intel Atom, Mediatek, dan Kirin. Ia biasanya dipanggil SoC (System on Chip) yang terkandung CPU (Central Processing Unit) dan GPU (Graphic Processing Unit) sepagai pasangan.
Kalau prosessor dah power, RAM pun kena power la jugak. RAM sebesar 1GB adalah paling minimum. Kebanyakkan telefon pintar yang dilabel ‘High End‘, ianya didatangkan dengan 4GB RAM dan ada juga 3GB RAM. Tak kisah besar mana RAM korang nak, yang penting 2GB ke atas sudah mencukupi melalu pendapat kami.
Ruangan Storan/Kapasiti
Telefon dengan RAM tinggi, prosessor dah dasyat, resolusi skrin dah terbaik, mesti nak masuk video dengan permainan HD kan. Jadi perlukan ruangan kapasiti yang tinggi. Kebanyakkan telefon pintar Android menyokong tambahan ruangan kapasiti dengan menggunakan kad microSD. Tetapi malangnya ada sesetengah tidak menyokong kad microSD. Bagi aku, 16GB memori dalaman sudah mencukupi, tetapi pastikan ianya mempunyai sokongan penambahan kapasiti. Kalau takde kena cari peranti mempunyai memori dalaman yang tinggi atau besar.

Bagi mengurangkan penggunaan memori, kami juga ingin mencadangkan anda mendapatkan perkhidmatan cloud. Atau anda boleh lakukan sync kesemua gambar dari telefon anda ke akaun Google Photos.
Kamera & Rakaman Video
Kebanyakkan telefon pintar didatangkan dengan kamera sebesar 12 megapiksel dan 13 megapiksel. Dan ada juga yang didatangkan dengan kamera bersaiz 16 megapiksel dan paling tinggi setakat ini adalah 41 megapiksel iaitu Nokia PureView 808. Biarpun saiz kamera yang sama pada berlainan model, kualiti gambar yang dihasilkan tidaklah sama. Jadi untuk pengesahan sila cuba ambil beberapa gambar dah periksa pada penghasilan warna, pengcahayaan yang rendah (low light), dan lain-lain. Begitu juga dengan rakaman video. Walaupun ianya mempunyai piksel yang sama, keupayaan rakaman video yang berbeza. Anda boleh periksa samaada kamera tersebut berupaya merakam video HD, dan yang paling baik apabila ianya mampu merakam video full HD 1080p. Barulah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada zaman 3GP. Tetapi disini kami memohon kepada anda, tolonglah jangan merakam video didalam keadaan video menegak.
Jangka Hayat Bateri

Mempunyai spesifikasi teknikal yang tinggi pasti membanggakan seseorang itu, tetapi jika kuasa bateri hanya bertahan jangka masa yang pendek tidak guna juga. Mengikut pengalaman kami, melayari internet menggunakan sambungan 4G mempercepatkan kuasa bateri kehabisan. Jadi dengan itu, bateri yang mempunyai kapasiti yang tinggi diperlukan. Hari ini, banyak telefon pintar yang didatangkan dengan kapasiti bateri yang tinggi. Ianya terpulang pada anda untuk memilih. Yang penting pada kami kapasiti sesebuah telefon pintar tersebut mampu bertahan selama 8 ke 10 jam untuk penggunaan maksimum. terdapat beberapa cara untuk mengoptimasikan penggunaan kuasa bateri.
Harga & Pakej
Harga sesebuah telefon pintar tersebut adalah salah satu aspek penting yang perlu diambil kira sebelum membeli. Ianya bergantung sepenuhnya kepada bajet seseorang itu dan kepenggunaan peranti tersebut kepada individu itu. Tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk membeli telefon pintar yang terlalu canggih tetapi penggunaan telefon tersebut hanyalah minimum.

Bagi pakej pula, sila pertimbangkan kadar bayaran bulanan dan pakej ditawarkan sebelum membeli sesuatu telefon pintar yang mempunyai pakej dari syarikat telekomunikasi. Ianya bagi mengelakkan pembeli tidak terasa bebanan dan membayar sejumlah wang yang tidak tidak masuk akal untuk peranti tersebut. Buatlah keputusan yang bijak.
Bagi mereka yang masih ragu-ragu dan tercari-cari telefon pintar yang mana bersesuaian dengan mereka, bolehlah mengajukan pertanyaan disini. Kami sudi membantu anda memilih.
Assalamualaikum
Membaca artikel anda sangat membantu saya untuk mencari ganti hp saya yang sudah mula menunjukkan tanda2 “penat” dan “tenat”.
Masalahnya mungkin RAM yang terlalu kecil kira2 500 sahaja. Saya menggunakan ViVo y15.
Pada pendapat saya, untuk mencari telefon baru mengambil masa dengan meninjau beberapa kedai.
Sekiranya anda tidak keberatan, bolehkah anda memberi satu jenama yang sesuai dengan tips anda ? jika ada harganya sekali, sangat2 membantu.
terima kasih
boleh kah saya tahu berapa budget cik?
Sy pun mencari HP Baru.. Sy perlukn :
1. HP yg internal besar utk download application,
2. Snap pic gambar cantik terbaik (SBB nk amik pic berniaga on9)
3. Tahan lasak. Jatuh xcrack screen
4. Batry tahan lama. Lg max lg bagus
5. Ada button on screen.
6. Baget rm1500 ke bwh.
Hp ape ya yg ok? SBB sblm ni pkai samsung note. Byk Kali jatuh Tp screen ok. Sume ok. Cuma dh guna Dh 5thn Baru ni rosak. Memang dh lama Sgt pkai. Patut rosak. Hehe. Klu dpt nk cari hp yg tahan lasak mcm tu dan penuhi spec di atas. Ada cadgan x? Ada risik2 vivo xplus. Ok x hp tu? Kualiti standard Samsung x? Huhu.
Vivo ea… Berat jugak tue… dah biasa pakai samsung, better ke samsung.. try la usha2 Huawei ke.. Cam ok jugak camera dia
Sebelum ini saya guna iphone 5s nmun 32 gb ngm2 1 tahun 6 bulan phn mula sakit bat x tahan bila tukr batt baru dlm 3 buln guna phone trus hang dn kluar tnda merah di skrin dn langsung x ble sda charge..bila bwa ke kdi problem mothetboard hungkang mau tukr dgn baru dlm rm500++ .trus simpan bkik dlm kotak.sjrang mahu ble phon baru jnis android nmun msih dlm delima mhu ble brend apa,samsung,oppo,or wahwei…bajit dlm 700 jer .saya mhu phone yg batt thn lama,camera berkualiti,dn bleh zoom dgn jelas.tolong bntu saya buat pilihan tetbaik..tq.
Adakah setiap telefon mempunyai keupayaan menarik “line” yg berbeza?
Contohnya saya dan suami menggunakan line celcom tetapi suami menggunakan telefon vivo dan saya samsung. Telefon suami line kuat tapi telefon saya line sgt teruk.
assalamualaikum tuan….saya ingin.tahu fungsi RAM…2@gb…..dan fungsi CPU….1.8ghz @2.0ghz…..adakah kedua dua nya berfungsi sebagai kelajuan sesebuah phone itu utk.menarik line ke data ke….ialah kelajuan tindakbalas phone itu…..tq
saya pon tringn nk hp baru , ad cdngn tak . bajet dlam 1000 … taktau nk pakai apa. ad sstngh ckap samsung hage, oppo n ip btri tak tahan , ip nk repair ssh , xioma n huawei tak psti .. bnyak ckap huawei la ok. so , klo bole nk la yg elok , ram apa smua lngkp. camera pon ok. batri pon nk yg tahan lama ..
Pada aku, dengan budget rm1000 ambik Xiaomi MiA1 pun nice dah… Dengan Android One dah cukup mantap
Pada aku, dengan budget rm1000 ambik Xiaomi MiA1 pun nice dah… Dengan Android One dah cukup mantap. Camera pun ok.
Assalamualaikum…
boleh saya dapatkan cadangan en untuk saya membeli telefon dengan bajet RM500 ke bawah?
sy cdangkn, gna samsung j1@j2 hnya bjet dlm rm500, ada 4g blh gna 2 sim.
Salam.. Bleh suggest x handphone brand ape yg tarik kuat signal, line internet stabil, prosessor n ram yg bagus.
1: OnePlus 3… (6GB RAM)
2: Vivo V5.. (4GB RAM)
Saya nak beli phone tapi budget dalam RM500-RM700.Saya pentingkan kamera cantik.X lek kalau main game besar.And 4G linenye boleh tolong beri cadangan phone yang terbaikk
cari iPhone 5s yg second hand
saya nak beli phone tp xtau nak beli jenama apa..bajet bawah rm300..sila bagi cadangan..
antara LCD dan LED, yg mana boleh dilihat apabila telefon terkena cahaya matahari?
Samsung Galaxy J1 Mini Prime. RM 270.. Boleh la pakai, entry level… setakat whatsapp & internet yang ringan2 ok je… Basic shartphone…
Nak tnya hendphone ape yang elok untk dibeli saya nak beli hendphone camere depn dn belkg cntik sikit ram serdahana memory fon dlm 3 gb bajet dalm 200 ke 300 .
saya nak beli phone yg tahan lasak dan ram yg ok dan memory yg bsar…bajet below 2000. kamera ok bonus…klu bleh nk android
Cuba usha Zenfone 3.. Baru keluar.. Harga below Rm 2k
Huawei nova 3 . Boleh usha spec dekat gsmerena.com boleh compare dgn telefon lain.
Assalam..boleh cadangkan telefon/tablet yang sesuai untuk budget Rm 700 – rm 1000.Keutamaan saya adalah kualiti gambar. tenkiu.
Assalam. …saya cadang nk beli telefon baru…saya cari kamera depan dan belakang yg ok & ram 3gb…saya dh servey spesifikasi telefon kt google..saya tak pasti antara asus zenfone max atau huawei honor 6….yg mana lagi bagus ye? Saya tak pernah guna jenama asus / huawei ni…tolong saya 🙁
Hi.. Awkh dpt hp baru x? Awk beli hp ape? Ok x? Kita nk folo. Pening betul hp ape yg plg ok. Pls share info. Tq
boleh tgk or compare kat cni… http://www.gsmarena.com/compare.php3?idPhone1=7870&idPhone2=7791
saya guna Asus zenfone M1. Best .. main game pun best dgn batteri 5000mah. so far so good. Beli bulan Mei 2018 harga dalam 900rm.. skrg da turun jadi 600rm sebab abang nya M2 da keluar.
Waalaikumussalam fify..
Pendapat saya, saya pilih Zenfone Max sebab saya tahu Asus benar-benar mempunyai kualiti dalam penghasilan produk keluaran mereka.
Assalamualaikum, sebelum ni saya pakai samsung galaxy note 8.0 saya berpuas hati dengan semuanya kecuali kamera, jadi untuk telefon yang akan dtg saya brcdg utk beli telefon pintar yg harganya dlm lingkungan 500-600 dan ada kamera yg bagus juga, boleh bagi cdgn tak? Kalau boleh nak ada bateri yg bagus jugak
Wasalam..kalo nk beli handphone yg good quality in camera, bateri tahan lame, Ram 2 gb..better amik lenovo S860 bgi yg bajet RM500..tq
1: OnePlus 3… (6GB RAM)
2: Vivo V5.. (4GB RAM)
Saya nak tanya hp yang terbaik untuk saya peniaga online..saya perlukan hp 6 Rim,apakah model hp yang sesuai untuk saya
Assalamualaikum, saya bercadang untuk membeli handphone yang baru, boleh encik bagi pendapat mengenai kedua-dua model ini, Lenovo K3 Note dan Asus Zenfone Go ZB551KL. Mana satu yang lebih menguntungkan untuk digunakan. Terima kasih.
aku bagi kelebihan kekurangan dulu la ye..
kelebihan K3 Note
– K3 Note skrin lebih bagus dari Asus dari segi resolusi.. jadi gambar/display lebih sharp
– kamera lenovo 13MP, asus 8MP je
Kelebihan Asus Zenfone Go
– support memori kad lebih tinggi.. sampai 64GB, lenovo sampai 32GB sahaja
– ada pilihan 32 GB
so aku rasa lenovo lebih berbaloi
Terima kasih atas penerangan encik 🙂
Saya cadangkan nak beli hp harga below rm1000
saya nak beli hp below rm1000. jenis apa yg sesuai?
Meh pakai phone macam aku.. Redmi Note 3… Berbaloi broo…
Saya mencari yang lasak, bateri tahan lama, saiz screen 5 inci…memori 32gb..
bajet saya rm800…
smartphone apa yang sesuai?
saya jenis suka buat aktiviti outdoor….seperti hiking…hpon apa yang sesuai??…
Kalo kualiti camera, record video,jarang hang, apps simple yg penting2 je, sy suka pakai Microsoft/Nokia……kalo apps pelbagai Dan beraneka warna, better Samsung atau HP yg guna android
sekarang saya menggunakan telefon samsung grand prime. baru setaun jaa guna. tpi dh ‘tenat. saya bercadang nk beli telefon pintar baru yang mempunyai camera yang elok, xmudah ‘hang’ dan ada internal memory yang besar. bajet saya rm1500 ke bwah. boleh x bagi cadangan telefon bimbit ap yang sesuai. kalau boleh saya x nk pakai samsung dh. xnk pisang berbuah dua kali :D. Thanks
kalo bajet rm1500, x mudah hang, camera bagus better Jay amik iphone 5s..tq
Assalam, sya nak tanya pendapat tuan tentang tlefon pintar jenama WIKO UFEEL yang baru brada dipasaran. kerana saya bercadang nak beli.
Boleh ka saya percaya dan beli produk baru ni?
Pedapat tuan amat saya nantikan dan hargai. trima kasih.
brand ni baru masuk pasaran malaysia.. so mungkin orang masih belum kenal jenama ni… untuk percaya tue tak jadi masalah… tapi mungkin nak cari aksesori susah skit..
Trmksh tuan..sya dah pun beli,slama 6 hari guna..stakat ni puas hati pada tahap sya yg berpengalaman dengan ST15i je..4 thn pakai smpai lunyai..
Aksesori mmg tk de lagi..dlm box ada trsedia casing biasa.
glass protector belum ada dlm pasaran..pnjual jumpa glass protector yg agak sepadan buat sementara waktu(dapat percuma). katanya mungkin 1-2 bulan baru ada.
Harga pasaran RM699, dapat kurang RM680..ipoh
Mohon untuk tahu HP jenama apa yang ok untk camera yang cantik serta berkapasiti tinggi kerana perlu untuk kerja. saya dah pernah guna 9tology – gambar ok tpi sound problem. xiomi readmi2 bateri charging plak problem…
budget berape?
Apa jenama hp yang bagus?? Bdjet 600
Redmi 3 Pro terbaik…
budget below 2k
antara Huawei P10, Xiomi Note 4, Oppo n Vivo…
Iphone ??
Masih pening untuk memilih samada untuk guna android atau pun iphone.
Kalau ada budget nak pakai iphone, aku rasa pegi iphone jela..
iphone mmg bgs ke…sy tgh berkira2 nk bli…tp takot menyesal pulak 🙂
better amik android sbb kalo nk install lagu and pape jea senang, just pi download dkt playstore..kalo iphone susah skit..nk kne masok itune bagai..lagipon aksesori android byk n berbajet dri iphone..tq
Amik iPhone klu dh ader Macbook..lg cantek..bole sync..
Salam fon jenama htc elok ke like a htc desire 626 or desire 628…
Elok sangat dah tue
Sye nak bli hp budget RM 500 ke bawah..camera dpan blakang cantik,internal storage besar..
yanie amik asus zenfone 2..
Salam , sye nk tnye pendapat , sy ni seorg yg sgt titik beratkan dalam menilai kapasiti bateri henfone before nk beli yg baru ni bcoz of my old phone selalu buat hal fast less energy. sangat serabut while using that , ergh. btw sy tgh usha henfone yg bterinye max. sy ad usha zenfone max kapasiti 5000 mah but akk sy sugest to buy iphone , how is it ? hati mmg teringin gak nak pakai fone but sy sgt alergik kalah fone tu bteri dy tak max, sbb tak nak face the same thing mcm gne hok dulu tu. cmne eah, which one better for buying zenfone max or iphone ? seriously buntu ni, tak lama dh nk smbung degree, so bfore msuk u ni , nak ada dah . hmm
kalau sy lah better amik I phone 6 or 7
Xioami redmi note 3 pro elok x? Sbb fon ni kluaran cina..Betul ke susah nk dpt jenama fon ni..
Salam admin. Hp apa yang bole support 16gb storage, camera 8-13mp secondary cam 5mp, budget 500-700 and wide screen?
better bro amik hp jenama lenovo vibe p1..ciri2 yg bro nk tu sume ad kt handphone nie..
Antara huawei p9 dan iphone se. Mane lgi berbaloi?
Handphone sony & lenovo yg mn elok dr segi ramnya,camera cantik..budget dlm 500.tlg bg cadangn.tq
sy cdgkan awak amik asus zenfone 2..kwn sy gune hp tuu..cantek kot camera dy..
boleh sugest tepon mana satu
sangat penting untuk bisnes online
wasap ngn facebook mmg penting sgt
applikasi instagram, fb, massenger dan page manager sgt penting.
then penting jugak untk donload m2u dan cimb clicks
pkai hp lame je sekarang ni, samsung sII, masalaah space storing..
tak faham…masalaah space storing tu sbb ape ye..sbb dlm samsung tu cume ade aplikasi internet ngn wasap je yg aktif…fb instagram seme dah uninstall..game pun tak de
Salam. Saya nak tanya. HP apa yang okay untuk gambar cantik, tak lag, and boleh download and simpan banyak app? budget dalam RM2000
wasalam..kalo bajet mcmtu better nina beli iphone 5s
saya ada bajet RM1000 ke bawah untuk beli hp baru. boleh bagi komen atau review untuk VIVO V3 Max atau VIVO V3 tak? mana lebih bagus antara VIVO dengan Sony? ada cadangan hp jenama lain apa yang terbaik x? saya jenis org pakai hp sampai lunyai n tak boleh hidup baru tukar, jadi kalau boleh kali nih saya nak satu hp yang tahan lama dan susah nak ‘hang’ .. pengalaman dengan samsung sangat tak seronok . beteri cepat habis, hp selalu ‘hang’ dan cepat panas. harap sangat dapat membantu . tq 🙂
salam bro, boleh tak bagi pendapat mengenai phone exvolte 2?
Assalamualaikum. Kawan sy nk jual iphone dgn harga RM300, tp iphone tu tiada android..bagus atau tidak iphone tu…
iphone dan android adalah satu benda yang berbeza..
Assalamualaikum..saya sebenarnya tengah cari handfone yang camera paling cantik..pastu boleh simpan gambar banyak dan tak mudah heng..bajet takpe..saya hanya nak minta pendapat dan jujur
wasalam..kalo mcmtu noor amik iphone5s..seyesly puas hati..camera pon cantek
As’salam…. Nak mntk pendapat, ok & berbaloi x kalo saya beli fone brand nie ( Oppo Neo 9 A37 ) ??
Asalammualaikum bro..sy nk beli hp tapi xtahu mana yg sesuai..bajet xkisah..sbb nk pakai biar puas hati..tanya pendapat bro..antara iphone , one plus 3 n htc atau ada phone lain yg bro suggestkan..product terkini..plz..minta bantuan pendapat…
iphone
Haii, samsung galaxy A9 dgn galaxy S7 Egde mana lg best ?
semestinya S7 edge
Arif klu antara hp vivo v5 plus dengan oppo f1s selfie expert mana lagi ok untuk gambar, bateri dan keseluruhannya?
assalamualaikum
mencari telefon bajet 900 kebawah
camera 8 mp ,tahan lasak.
Kalau telefon camera yang cantik …..telefon ape ea,,selain iphone,,dan sony,,,,….
harga x nk mahal2 just nk selfie,,,je ok thanks
Apa cadangan yang boleh diberi untuk pilihan telefon seperti maklumat dibawah:
1) Budget max RM1000
2) Camera yang cantik untuk mengambil gambar produk
3) Capasiti yang ok untuk simpan nyk gambar dan install application FB, IG, Whatsap dan Waze (aktif)
4) Bateri tahan lama
5) Peniaga Online
Sekarang ni sedang guna samsung SIII dah 3 tahun dan sdh ada masalah hang, GPS x detect
Hi..saya nak model iphone yang berkemampuan utk bermain game seperti coc, pokemon go..ram tggi la,kapasiti memori tinggi,sekarang saya masih guna model samsung note 1..byk sgt trash yg xboleh dibuang…main game selalu lag..budget dlm rm1700 kebawah..screen lebih kurang besar samsung note1.besar sikit pun boleh la.thank in advance.
Assalamualaikum bro..nk tya pndpt bro arif..phone honor 5a ok x?berbaloi x klu sy bli phone tu?
antara s7 edge, iphone 5s, iphone 6, oppo f1s.. mana lgi elok?
samsung a9 pro ok ke x ye? sb bateri xbole removable kn?penin la..iphone sy baru je jahanam jtuh xbole betul kn lgsg..sedey..mintak pndangan tentang samsung a9 pro?bgus ke xbgus model tu?
meizu m2 ok x?
En Arif yg bijaksana,
Antara Xiaomi Redmi Note 3 Pro dengan Xiaomi Redmi 3 Pro mana lebih baik ?
Jika saya pilih Xiaomi Redmi Note 3 Pro, patutkah saya beli 2gb ram 16 gbr internal storage atau 3gb ram 32 gb internal storage ?
Terima kasih 🙂
aq pkai alcatel pixi3(4)
aq pkai baru sehari tpi dah lag
tahu tahu ram cuma 500mb
kesian aq kan
Helo admin,saya bercadang nak beli phone baru … Bleh x tolong suggest …badget saya rasa dalam RM1000 ke ats…. Saya nak kamera bagus,graphic cantik,beteri thn lama,kapasiti Dlm16gb-64gb.saya hep admin boleh tolong….
Hp apa yg support hd game tanpa force close. Bajet dalam rm400. Harap admin bleh bg lebih drpd 1. TQ…
Assalamualaikum, mana lebih berbaloi antara Lenovo Vibe Shot dengan Asus Zenfone Selfie…nak kamera selfie cantik…atau ada jenama lain lebih bagus…masih guna samsung note1, iphone 6s, sony m5, oppo R1..tringin nak guna jenama lain pulak…
Hi, sy nk cari hp, budget bwh 1k,
Plg penting kamera cantik depan belakang, dan x cepat hang kalau simpan byk gmbr
sy nk ty pndpt ttg lenovo a2010
Boleh kah ram talefon samsung j1(2016)
Diperbesarkn
Jenama telefon yg mana yg mempunyai internal storage 16gb, ram 2gb/3gb, jenis android 4.4 dan skrin revolusi 1080p. Budget pembelian rm500.
Salam admin,
Mintak pandagan, hp baru tengelam , so nak beli hp baru, cdg esok nk gi beli,
budjet RM500-800,
X mudah hang,
Mudah simpn bnyk gmbr n download apps
Cmera xtinggi sangt pun xpe, asalkan gmbr cantik.
Android 5 / 4
Btry yang ok
Brand x kisah, janji sedap nak pakai n tahan lama
Terima kasih banyak admin,
salam admin, nk intak pndgn admin,
nak beli hp…
budjet rm500-600
hp yg x cepat hang/lembab
boleh dowld apps bnyk dn simpm gmbr bnyk
kmera x tiggi pun xpe, asal gmbr cntik
Kalau beli xiaomi redmi 4a yang imported set, ade masalah dengan simkad tak?
Salam Sejahtera,
Saya suka menangkap gambar, melayari internet dan mendownload movie. Jika hp vivo xplay 5 elite ini ada terjual di pasaran malaysia apakah ianya berbaloi untuk saya membelinya memandangkan fungsinya yang begitu baik. Maksud saya kelajuan mendowload dan memory yang besar untuk menyimpan movie dan gambar…
Sila beri pandangan. Terima kasih
0178358007 whatsapp
as salam.
boleh tolong bagi cadangan x? saya berminat nak beli hp baru bawah RM1500. ciri2 yg perlu:
– senang nak online
– main games x hang
– tahan lasak
– bateri tahan lama
– memory besar
Jenama ape yg bgus? Sony? Smsung? Oppo? Blackview? Bajet Rm300 ke bwh
Assalamualaikum..
Sy ingin meminta pendapat encik berkenaan hp yg berharga Rm600 ke bawah, yg bersesuaian utk urusniaga online.
Sy mencari hp yg mempunyai kualiti CAMERA yg Bagus agar dpt mengambil gambar produk yg cantik. RAM yg sedikit besar agar hp tidak mudah berat. 3G,4G line.. & Servis yg baik.
Adakah Hp HUAWEI pilihan yg Bagus..?
Jika HUAWEI pilihan yg lebih baik berbanding OPPO & VIVO, hp HUAWEI apakah yg sesuai sy ambil dgn hrga Rm600 ke bawah..??
Terima Kasih ?
Salam..sy bujet dlm rm1500 ke bwh,phone apakah yg patut sy beli…?dlm fikiran sy skrg ni sony xperia yg water proof,nk camera cantik..adakah berbaloi sy beli brand sony?wasup 0173370337..ok thanks.
Sy baru je beli j7 prime, bt msa ni sy rsa ok.. Tbaik.. Xda mslah..
oppo f1s ok tak
Assalam..antara samsung j7 prime dgn asus zenfone max 3 zc533kl..mn lbh bgus dr segi tahan lasak,grafik cntik n spare part yg byk?
Sy je baru pkai j7 prime.. Bt msa tbaik, ok..
saya ni jenis meniaga yg banyak kena simpan maklumat…fon apa yg baik untuk kita pakai ye
okay tak bateri non-removable mcm oppo? apa kelebihan bateri removable?
Aline nak cari handphone yang camera nya ok sebab aline bnyk ambik gmbr untuk produk aline nanti…depan camera bgus…bateri,ruang,…hp apa paling bagus…tpi aline tahu plg bgus iphone but bajet rm1200…
Assalamualaikum. sy nk mntk incik tlg bc semua detail bwh ni ye then bg cdgn sbb sy betol2 sgt oldschool bab hp ni…Saya bukan pengguna telefon yang canggih2. saya cuma guna hp biasa- paling basic- yg boleh call n mesej tu je, sbb sy jenis yang tak bergantung hidup dgn hp sgt. lebih kpd ckp dgn famili je. sy jns yg tak selesa tgk skrin hp-kalau layan fb ke email etc, sy lbh suka gn komp. lg 1, sy gn hp yg skrg ni sbb sy lebih selesa taip gn keypad biasa ni sbb bila gn touchscreen sy slalu jd slh tekan, contohnya bila nk tekan ‘s’ selalu keluar ‘a’. mcm nk marah pulak. huhu…sekarang ni saya sambung pengajian peringkat PhD. bila dah lama tak ‘study’, penerimaan otak n pemahaman tu mcm slow sikit. so saya rasa perlu nak rekod waktu lecturer cakap. kalau rekod audio je mcm tak berminat sgt. sy perlu utk rekod video, so nanti waktu tgk balik, mcm kita dok dlm kelas la…hp apa yg paling sesuai utk tujuan tu?maksudnya kalau kita duduk barisan belakang sekali dlm kelas pun, kita boleh rekod clear lg suara lecturer tu walaupun dia tak guna mikrofon. bajet tak tinggi sgt (as mentioned before, saya jenis tak berhabis utk hp, dan x suka selfie). dan saya py pengetahuan utk hp ialah 0%.jadi nak mntk sgt2 incik supaya tolong saya. Terima kasih
Assalaamualaikum dan salam sejahtera.
Dari apa yang saya baca pada komen-komen terdahulu, saya perhatikan ramai yang agak keliru dengan smartphone yang mereka mahu.
Mungkin anda boleh menggunakan link ini http://technave.com/gadgets/Mobile-Phone-Price-Malaysia-10.html untuk membuat perbandingan harga dalam pasaran sekarang.
Saya harap dapat sedikit sebanyak membantu.
Assalamualaikum..sy nk beli fon range harga rm1500..fon pe yg plg ok ye? N kalau bajet range rm1000 pulak yg mne ok? Harap dapat bg idea tuk dua2 bajet..
Nak tanya mana lagi better antara vivo v5 dengan samsung j7 prime ?? Betul2 taktau nak pilih ygg mane . Du2 mnarik prhatian .
Antara huawei mate 9 dan oppo r9s plus mana yg x mudah hang ……kalo internet paling laju pilih mana ya???
Sy cdangkan R9s plus..sbb r9s body blkg die ada ultra fine antenna die boleh bntu kite carik line walaupon ade dlm lif still bole on call ..r9s plus ram6 gb rom64 gb..lebih besar,,camera lagi cantik sbb ade ois+ Anyi shake serta dual pdaf tambah pula dgn imx398 dslr sensor..then finger print die multifuntion means bole set 5 jari taw..fb ws wc call lock semua bole set..bat3 lebih jimat then cas 45min da full ..
Salam, saya cari fon rm1000 ke bwh, sesuai utk main banyak game dan utk simpan banyak lagu, fon saya skrg ni oppo find7. Selalu masalah space x cukup sbb die had kan 3gb je utk apps. Nak fon yg 4g, memory banyak and boleh letak apps dalam sd card. Camera lawa pon ok juga. And klau boleh x nak apple
Assalamualaikum
Saya nk beli telefon baru budget dlm 1500 ke bawah..nak camera yg cantik sngt..ade suggestion x?
Assalamualaikum, saya nak cari hp yg bajet rm1000 kebawah yg kesemuanya ok termasuk ram, internal storage, kamera dsb. Boleh beri tips skt?
boleh suggest mana ok. Huawei p10, oppo R9, vivo or xiomi note 4
P10 la better
Assalamualaikum nak tanya
Phone camera mana terbaik bawah rm500.Camera paling lawa bawah 500
Sy nk tahu sy beli tel baru tp rasa dh terpakai..mcm mana nk tahu tel vivo v5 yg baru dan dah terpakai tq
saya sedang mencari telepon yang kuat signal internet..
salam..
saye pengguna Iphone 6 sblm ni… blh tk encik cadangkan hp ape sesuai yg compatible dgn iphone 6 o lg better dr iphone 6 especially camera coz for business. budget around max 1300.
Hai, boleh tlg saya buat plihan..Huawei nova lite dgn samsung j3 pro mana lagi ok? plezz tlg lah sayaa
nice weyh
HAI BOLEH CADANGKAN TAK HP YANG TAHAN LASAK .TAK ROSAK SKRIN KALAU JATUH . DIBAWAH RM1000
Boleh beri pandangan smartphone mana yg rakaman video terbaik. Saya selalu jamming dn terus rakam..sebelum ni guna samsung note 3..best..tpi dh kne curi. Mohon beri pandangan
Salam semua ..
Nak minta pendapat jika nk beli phone second hand seller bgtau button up volume tak function …. berbaloi atau tidak dgn budget rm500 ?
oneplus one
pada aku ok la rm500.. tapi kalau ko pandai tukar sendiri volume button tue memang berbaloi la..
Bajet saya skrg RM1600…Bole bagi cadangan x.. Oppo r9s atau Oppo F5..segelintir ckp oppo f5 lagi Better.Tpi apasal r9s lagi Mahal?
Kedua2 ada pro dan con.
kalau tanya aku kalau ko nak pilih antara dua2nya aku suggest oppo F5 sebab lebih latest..
Oppo R9s mahal mungkin sebab dia pakai chip snapdragon. Tapi phone tue dah launch lebih setahun (Oktober 2016)
Tapi kalau ko nak pilih jenama lain boleh try Huawei Nova 2i atau Honor 7X
Oppo r9s or Oppo f5..Bajet RM1600 dah ni
hai. saya nak tanya pendapat. antara j7 pro dgn huawei nova 2i mana yg lagi ok? dari segi kamera dan mana yang lagi tahan lasak ?
Saya pelajar dan menguruskan perniagaan online. Saya perlukan telefon yang lambat habis bateri dan storage besar. Bajet RM500 ke bawah. Telefon apa yang sesuai?
Salam sejahtera, saya ingin tanya pendapat admin. Saya ingin bertanya antara Huawei Nova 2i,Xiaomi Mi 6 dan ViVo V9 yang manakah lebih elok saya beli dari segi bateri, tahan lasak, spesifikasi dalaman dan juga kamera . Mohon admin balas secepat mungkin sebab saya nak beli esok . Harap admin mempertimbangkan 🙂 terima kasih
hi sy nk tnya fon ape yang sesuai untuk sy. sy nk fon yang tahan lasak sbb sy byk keje on-site&fon sblm ni banyak kali jatuh.sy juga byk guna fon utk ambil gambar di site.boleh tlg suggest bajet dlm rm1000 ke bawah.terima kasih.
apa beza xiaomi redmi3 dgn xiaomi redmi4??
ass salam..hi..sy nak tnya pendapat antara hp f7 n v9 mana lg ok dr semua segi?nk ambil huawei p20 bajet x mencukupi..any suggestion?
Assalamualaikum, sy tanya pendapat tentang phone “wiko view 2 pro”..
Sy pun mencari HP Baru.. Sy perlukn :
1. HP yg internal besar utk download application,
2. Snap pic gambar cantik terbaik (SBB nk amik pic berniaga on9)
3. Tahan lasak. Jatuh xcrack screen
4. Batry tahan lama. Lg max lg bagus
5. Ada button on screen.
6. Baget rm1500 ke bwh.
Hp ape ya yg ok? SBB sblm ni pkai samsung note. Byk Kali jatuh Tp screen ok. Sume ok. Cuma dh guna Dh 5thn Baru ni rosak. Memang dh lama Sgt pkai. Patut rosak. Hehe. Klu dpt nk cari hp yg tahan lasak mcm tu dan penuhi spec di atas. Ada cadgan x? Ada risik2 vivo v9 dan oppo f7. Ok x hp tu? Kualiti standard Samsung x? Huhu.
tips ni sangtttt membantuuuuhuh
what do you think if i buy a Iphone6 32gb?
is gb dia kecik atau berbaloi sekiranya saya aktif Whatsapp,instagram,Facebook,wattpatt,gamers and loving to online shopping?
better cari model yang lebih latest
hye. boleh bantu saya. Saya ingin mencari Hp lain kerana Hp yg skrg bermasalah. Saya sorg yang aktif & lasak. Selain tu, saya berFB, ambil Photo, youtube,instagram,whatapps, telegram. Antara Hp Baru Samsung J4/Rm559 & iphone5s (2nd hand/400) & iPhone6/Rm660 (2nd hand) mana yang lagi sesuai dan tidak hang serta x bermasalah. Mohon bntu.
smartphone yg sesuai utk hikers,,esp nak tngkp gmbar view lawo2
Anda juga boleh banding dan beli telefon pintar terbaik di Malaysia di laman web iPrice.my.
iPrice merupakan laman web yang senaraikan harga terkini telefon pintar/smartphone/handphone terbaru yang telah dan masih berada dipasaran Malaysia.
Dapatkan Info gadget telefon bimbit terkini seperti Iphone, Samsung, Nokia, Oppo, Vivo, Huawei, Blackberry, Sony, Motorola, LG, HTC dan lain-lain.
Layari laman iPrice.my hari ini.
Kalau nak beli smartphone kat online, laman web mana bagus and murah & selamat?
Lazada, Shoppee, or iPrice.my…..
assalamualaikumm .. saya bingung untuk memilih telefon yang bagus dalam semua segi.. saya ingin minta pendapat tuan / puan untuk memberi cadangan pada saya.. bajet tak kisah berapa.. antara telefon :
– xiomi redmi note 5 pro
– oppo f7
– vivo v9
mcmane klu budget saya cuma ada RM600 – RM500… saya mencari handphone yang boleh mengambil gambar dan selfie yang cantik.. selain itu ruang RAM yang besar jgk diperlukan…. tolong bagi cadangan handphone mn yang sesuai dengan budget saya ini… tq
Asslm antara phone samsung galaksi note 9,512 gb ram 8 dan iphone xr ram 3 gb n 256 gb mana kualiti utk audio, kamera dan x hange setta xmelekat n ble isi byk storage n tahan lbih lma, pd pndgn n 0195654284
salam, sy bcadang nak beli handphone.. bajet 2k kebawah… nak ram bsr, tahan bateri, tahan lasak dan kamera cun… blh encik bg cadagan.. tanq