western-digital-evy

WD (Western Digital) adalah satu syarikat peneraju dari bidang penyimpanan storan hari ini mengumumkan produk baru mereka dalam siri WD Black™ iaitu hard disk berkeupayaan tinggi dalam kapasiti baru iaitu 6TB. Didatangkan dalam saiz 3.5inci, kelajuan 7200 RPM adalah penyelesaian yang sempurna bagi pemain permainan komputer dan profesional  yang memerlukan sistem desktop berprestasi tinggi. Antara kelebihan WD Black adalah berkelajuan 7200 RPM, 128 MB cache, teknologi dual stage actuator, SATA 6 gigabits per saat (Gb/s), dan dual processor dalaman.

WB Black 6TB ini 29% lebih laju dari model WD Black 4 TB
WD Black 6TB - 01

WD Black 6TB ini dilindungi jaminan selama 5 tahun dan boleh didapatkan melalui pengedar seperti Achieva Technology Sdn Bhd, Amble Action Sdn Bhd dan Asia Kekal (M) Sdn Bhd di Malaysia. Harga pasaran bagi WD Black 6TB (model #WD6001FZWX) ini adalah daripada RM1,599.

Maklumat Lanjut

Post a comment