Sokongan Peranti & Platform
90%
Reka Bentuk
95%
Prestasi
80%
Ketahanan Bateri
97%
Pada harga RM59 dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 30 hari ianya memang berbaloi untuk dimiliki. Dapatkan Xiaomi Mi Band sekarang di laman mi.com/my.

Xiaomi kini boleh dikatakan bukanlah suatu jenama asing di negara ini. Bukan setakat di negara ini, malah seluruh dunia mula memandang jenama yang datangnya dari tanah besar China ini kerana pada suku ketiga tahun 2014, mereka dinobatkan pengeluar telefon pintar ketiga terbesar didunia menghampiri Apple dan Samsung. Apa yang menariknya mengenai peranti-peranti Xiaomi ini, mereka tidak membuat pembeli mengeluarkan ribuan ringgit bagi memiliki peranti mereka. Bukan sahaja dengan memperkenalkan peranti telefon pintar, pihak Xiaomi juga telah mengeluarkan alat pengesan kecergasan yang berharga RM59.

 miband

Pada 22 Julai 2014, Xiaomi memperkenalkan gelang pengesan kecergasan yang dikenali sebagai Mi Band. Dilengkapi dengan cip Bluetooth yang menggunakan bateri dengan efektif yang mampu berfungsi sehingga 30 hari pada satu cas serta boleh digunakan sebagai jam penggera. Selain dari itu, ia juga boleh mengesan tempoh tidur, dan mampu membuka kekunci (unlock) peranti anda tanpa menggunakan kata laluan.

Mi Band menggunakan U.S. ADI acceleration sensor berkuasa rendah, cip bluetooth 4.0 DA14580 Dialog berkuasa rendah, bateri litium berkapasiti 41mAh, dan diklasifikasikan sebagai IP67 kalis air (waterproof).

Spesifikasi & Keperluan Xiaomi Mi Band

Saizspecs-main-01
Materialspecs-main-02
SambunganBluetooth 4.0 DA14580 Dialog
Kapasiti Bateri41mAh (Litium Polymer)
me-18
Ciri GelangPanjang : Boleh diubahsuai dari 157mm ke 205mm
Material: Dow Corning TPSiV
Warna : 6 pilihan warna; hitam, biru, kuning, pink, hijau dan oren
miband-colour
Keperluan PerantiXiaomi Mi 3, Mi 4, Redmi Note 4G, atau apa-apa peranti menggunakan Android 4.4 (KitKat) keatas dan Bluetooth 4.0.
*Kini menyokong peranti iOS
Harga PasaranRM59

Reka Bentuk Xiaomi Mi Band

Dari segi reka bentuk Mi Band ini, ianya tidaklah begitu berbeza jika dibandingkan dengan gelang kecergasan yang lain. Material utama gelang Mi Band ini adalah silikon (Dow Corning TPSiV) dan mempunyai pin logam di suatu bahagian bagi mengelakkan dari gelang ini tertanggal dari tangan. Manakala material peranti Mi Band itu adalah plastik polycarbonate untuk kerangkanya dan aluminum pada bahagian atas. Pada bawah permukaan aluminum tersebut terdapat 3 LED yang bertindak mengikut arahan dan warna. Akhir sekali terdapat 2 terminal pada salah satu bahagian hujung sisi Mi Band itu bagi menyambungkan kabel pengecas dan peranti.

Penggunaan Xiaomi Mi Band

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan bersama-sama Mi Band seperti mengesan langkah dan jarak tidak mengira ketika berjalan atau berlari. Jumlah kalori yang dibakar semasa anda melakukan aktiviti tersebut juga akan dipaparkan.

step_counter

Mi Band juga mampu memantau waktu tidur anda. Ianya akan memaparkan jangka masa tidur lena (deep sleep) dan tidur ringan (light sleep). Tetapi ianya akan memantau jika anda memakai gelang Mi Band tersebut semasa tidur, jika tidak ianya tidak akan merekod apa-apa data.

sleep_counter

Kepada mereka yang tidak mahu menggunakan jam penggera bagi mengelakkan bunyi penggera tersebut mengganggu pasangan atau rakan serumah, Mi Band boleh juga digunakan sebagai penggera. Ianya akan bergetar pada lengan anda mengikut waktu yang ditetapkan. Ciri ini bukan sahaja berguna semasa tidur, anda juga boleh menjadikan penggera ini sebagai peringatan bagi mereka yang sibuk bekerja sehingga terlepas bas atau waktu makan.

alarm_miband

Sebelum kami terlupa, untuk melihat data yang direkodkan oleh Mi Band anda perlu memuat-turun aplikasi Mi Band dari Google Play Store (Android) atau App Store (iOS).

Muat Turun Mi Band melalui :

Google Play Store (Android)

App Store (iOS)

Pada aplikasi Mi Band terdapat juga beberapa ciri yang membantu kerja-kerja harian anda seperti Mi Band akan bergetar apabila anda menerima panggilan dan notifikasi, dan membuka kekunci tanpa kata laluan. Bagi kapasiti bateri yang tinggal untuk Mi Band anda, anda perlu lihat melalui aplikasi Mi band. Pihak Xiaomi juga mengeksperimentasikan beberapa jenis senaman atau sukan didalam aplikasi Mi Band seperti Running help (buat masa ini peta tidak menyokong Malaysia), Jumping rope, Sit up dan sebagainya. Anda juga boleh melakukan undian sukan atau jenis senaman yang anda mahu disokong oleh Mi Band itu sendiri. Akhir sekali anda boleh berkongsikan pencapaian anda di Facebook, Line atau WeChat.

miband_settings

miband_settings

Kesimpulan

Secara keseluruhannya Xiaomi Mi Band ini adalah satu peranti yang mempunyai ciri-ciri yang baik walaupun kadar pengesanan langkah tidak begitu tepat. Kami berharap pihak Xiaomi akan menambah ciri-ciri dimana anda boleh membandingkan kemajuan bersama rakan dan integrasi bersama sosial media yang lain. Berikut kami senaraikan adalah kelebihan dan kelemahan Xiaomi Mi Band.

  • Kebaikan
  • Kelemahan

  • Harganya murah (RM59)
  • Mudah digunakan
  • Ketahanan bateri yang lama
  • Kalis air
  • Fungsi ‘Quick Unlock’ & penggera yang praktikal

Sumber : mi.com/my

MIUI Forum

Website Comments

Post a comment