Seperti yang dijangka sebelum ini, Xiaomi akan mengumumkan peranti baru hari ini. Ya. Ia adalah Mi 4c. Secara jujur, kami tidak boleh mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan huruf “c” setepatnya, ia mungkin bermakna China, kerana kedua-duanya mempunyai huruf awal yang sama; ia didatangkan dengan pelbagai warna; dan ia mungkin bermaksud Type-C iaitu port terbaru untuk microUSB. Mi 4c adalah telefon Mi pertama mempunyai ciri-ciri ini.
Spesifikasi Teknikal Xiaomi Mi4c | |
---|---|
Sistem Operasi, Prosessor, GPU & RAM | Sistem Operasi : Android 5.1.1 (MIUI 7) Prosessor : Quad-core 1.44 GHz Cortex-A53 & dual-core 1.82 GHz Cortex-A57 (Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808) GPU: Adreno 418 RAM : 2GB/3GB RAM |
Skrin | Resolusi: 1080 x 1920 piksel (~441 ppi) Saiz : 5 Inci Jenis: IPS LCD Capasitive Touchscreen Perlindungan skrin : Corning scratch-resistant glass |
Kamera | Kamera Utama (Belakang) : 13 MP, 4128 x 3096 pixels, autofocus, dual-LED (dual tone) flash Rakaman video : 1080p@30fps, 480p@120fps Kamera Hadapan : 5MP |
Memori | 16GB & 32GB Tidak menyokong tambahan kad memori. |
Sambungan | WiFi : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, WiFi Direct, hotspot Menyokong jaringan LTE/4G Dual SIM Bluetooth : v4.1, A2DP USB: microUSB v2.0, USB Host. Didatangkan dengan microUSB Type-C NFC : Tidak diketahui |
Bateri | 3080 mAh. Quick Charge 2.0 |
Harga Pasaran | RMB1,299 (~RM875) - 2GB RAM + 16GB RMB1,499 (~RM1010)- 3GB RAM + 32GB |
Pilihan Warna | Putih, Hitam, Biru, Merah Jambu & Jingga |
Lain-lain | Mempunyai ciri-ciri Sunlight Display Night reading mode Varariable Refresh Rate 10% more energy efficient Edge Tap Double tap to wake screen Infrared remote control |
Selain dari pengenalan Mi4c, pihak Xiaomi juga memperkenalkan perkhidmatan baru mereka; Mi Mobile. Mi Mobile adalah satu pelan yang menawarkan 3GB data pada harga RMB 59 (~RM40). Dengan pelan ini, pengguna dicaj sebanyak RMB 0.10 untuk setiap minit masa berbual, SMS dan 1MB data.



Pihak Xiaomi turut memperkenalkan Mi Bluetooth Speaker pada majlis pelancaran ini. Mi Bluetooth Speaker mempunyai kerangka aluminum, sokongan kad microSD, mikrofon terbina untuk fungsi handfree, dan mempunyai bateri berkapasiti 1500mAh yang mampu bertahan selama 8 jam. Mi Bluetooth Speaker ini dijual pada harga RMB 199 (~RM140) dan mempunyai beberapa pilihan warna seperti biru, merah jambu dan emas.